Thursday, 6 October 2016

LINK FREE SAMPLE

FREE SAMPLE BARANGAN MOMIES DAN BAYI







Nie antara sample yang aku dah dapat =)




  1.  ANMUM
  2. FRISO GOLD SAMPLE
  3. WYETHNUTRIONS SAMPLE
  4. ENFAGROW A FREE SAMPLE
  5. SUSTAGEN SAMPLE
  6. DUTCH LADY SAMPLE
  7. DUMEX MAMIL SAMPLE
  8. DUGRO SAMPLE
  9. KARIHOME (YG NI KENA CALL DULU)
  10. HUGGIES SAMPLE
  11. DRYPERS SAMPLE
  12. DIAPEX SAMPLE
  13. MAMYPOKO SAMPLE
  14. KAO MERRIES SAMPLE
  15. PET PET PAMPERS (PRIVATE MSG DI FB)
  16. NESTLE
  17. DUMEX MAMIL
  18. NESTLE CERELAC
  19. NESTLE JUNIOR
  20. DUGRO SOY
  21. DUTCH LADY
  22. PET PET PAMPERS
  23. PRODUK NESTLE PELBAGAI
  24. HAPPY BAG BABY


BARANGAN SKIN CARE WANITA

  1. BIODERMA
  2. HIRUSCAR



FREE SAMPLE BARANGAN WANITA

SYAMPOO

DIAPERS DEWASA

MAKANAN/MINUMAN

SABUN DETERGEN

Nota:
**Some of the free sample requests require you to register as a member. Fret not, the registration is free.
**Beberapa permintaan sampel percuma memerlukan anda untuk mendaftar sebagai ahli. Jangan risau, pendaftaran adalah percuma.
KREDIT TO BLOG 38 SAMPLE PERCUMA

SAMPLE FREE

Assalamualaikum,

Hai...Arini aku nak kongsi satu info menarik di mana kita boleh dapat pelbagai barang sample daripada pelbagai produk dan jenama.

Siapa tak suka barang percuma kan, kebiasaan terdapat dua cara untuk claim sample free sama ada giveaway or pos. Aku lagi suke giveaway sebab terus dapat dengan pergi ke kaunter, kalau pos biasa ambil masa 2 hingga 4 minggu, sangat lama...free pos kan...huhu

koleksi giveaway yg aku kumpul





shiseido 
3 serum untuk bawah mata
6 serum untuk muka
pek2 kecil ni boleh tahan lebih kurang 2minggu kalau kita pakai



Produk JURLIQUE sangat bagus sebab berasaskan daripada botanic.




Nie contoh email yang dia bagi jika kita berjaya dapatkan sample. Nanti tunjukkan email sahaja, die akan terus bagi kita sample tanpa perlu beli barang ape-ape..FREE...




Nie produk biotherm
3 jenis serum yang berlainan



Nie produk clarins
Dapat cream siang
serum malam
serum siang


yang nie pula contact lens dapat 3 pasang
warna ungu
di focus point


Semua barang nie aku dapat secara percuma tanpa perlu bayar apa2 pun. Cuma isi form online dan tunggu email, lepas uh boleh print email dan terus redeem di stor berdekatan. Sume ni aku redeem dekat Quensbaymall pulau pinang.



Produk Pos Malaysia



Kotex Liners
Hihi..yang ni posmen mai umah anta, dapat sample untuk seminggu punya 7 paket



Enfamama A club
Yang ni aku sign up dekat laman web depa je terus dapat free.
Free magnet fridge
sticker family in the car utk dalam kereta nya


Setakat nie baru 2 jenis produk yang aku dapat melalui pos malaysia. Masih menunggu sample lain pula...hihi sangat excited ok bila buka peti surat ada sample yang tiba. Next update aku kongsi kan link untuk dapat kan barang sample secara percuma ok.



Tuesday, 14 June 2016

Rebat Tol Di Jambatan Pulau Pinang

Ada tak sesiapa yang dekat sini bekerja ulang alik melalui Jambatan Pulau Pinang..Aku bekerja dekat Megamal Pinang dan duduk di Flat Desa Putra di Island. Setiap hari ulang alik RM7 kena caj tol sehari...URM tiap hari memang pokai la jawab nyer, duit minyak lagi. Aku mula lah fikir dan cari jalan untuk kurangkan perbelanjaan ke tempat kerja. Goggle punye goggle lastly aku dapat information yang membolehkan aku menikmati rebat tol ketika melalui Jambatan Pulau Pinang.



"Nie la kad Touch n Go PLUSMILES"


Kalau korang nak tahu terdapat rebat bagi pengguna yang sering menggunakan Lebuh Raya PLUS iaitu di Jambatan Pulau Pinang sebanyak 20%..Jika pengguna biasa yang melalui Jambatan Pulau Pinang di kehendaki membayar tol sebanayak RM 7.00 tetapi bagi penduduk Pulau Pinang yang ic 07 atau yang menetap dan bekerja di Pulau Pinang juga layak menikmati rebat Tol dengan syarat mendaftar di kaunter khidmat pelanggan PLUS iaitu dengan membawa salinan IC serta surat tawaran kerja dari majikan yang menyatakan mereka bekerja di Pulau Pinang. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM10.60 dan kad PLUS MILES baru akan diberikan. Nanti dalam kad uh kosong, korang kena topup sendiri. Lepas dah daftar, automatik kad touch n go RM5.60 je jika melalui Jambatan Pulau Pinang. Mudahkan, urusan pendaftaran pun sekejap. Tidak sampi 10 minit dah siap. Mudah Cepat dan Pantas..Hihihi




Nie lah Jambatan Pulau Pinang  Mercu kebanggaan rakyat Pulau Pinang



Untuk anda yang menetap di Pulau Pinang,
bekerja atau belajar di sana, anda layak
mendapat diskaun tol Jambatan Pulau Pinang.
Normal Tol = RM7.00, Diskaun Tol = RM5.60.
Jadi anda dapat jimat RM1.40 setiap kali
melalui Jambatan ini.

Cara nak dapatkan diskaun:
1. Isi borang Touch n Go di Pejabat Jualan
berhampiran Tol Jambatan.

2. Sediakan IC / Surat Majikan / Surat
Tawaran belajar

3. Buat bayaran, nilai kad sahaja adalah
RM10.60. So bayarlah minimum RM20.60 untuk tambah nilai sekali.




Tuesday, 1 March 2016

Bukit Bendera

Minggu lepas aq dgn Tunang aq baru sahaja melawat bukit bendera. Memang rugi kalau bercuti di Penang tapi tak singgah bukit bendera. Guna waze pun senang nak cari. Sampai sahaja terus dapat parking bertingkat, nanti akan ada guard yang tunjuk arah. Parking pun murah, lebih kurang RM 4.00 untuk 2 jam. Bayaran masuk bagi ke bukit bendera adalah sebanyak RM10, yang penting korang bawak IC sebab takda ic memang die caj sebagai warga asing punya harga...Rugi rugi....hihi






Yang nie tiket untuk naik train terus ke atas bukit bendera. RM10 bagi dewasa




Pemandangan dari atas bukit.




Dari atas nie kita boleh nampak bandar pulau pinang




nak lagi clear boleh guna nie. 1 minit RM1.00




Bunga dekat atas nie semua segar-segar. Rase sejuk jer bile ada dekat atas bukit nie.




ngeee...wajib ler amik gmbr dkt signboard nie...




dekat kuil atas bukit..perh letih kaki nk naik tangga.


So korang kalau datang penang jgn lupe ok singgah bukit bendera. Yang penting datang waktu pagi @ petang. Jangan datang time tgh hari lak,...Panas2 x syok jalan ^_^

Tuesday, 17 February 2015

AQ dan Kehidupan Masa Kini

Hello hello helloooooo....


New story  ^_*   21/03/15... 

Yang betul2 ikhlas sahaja yang berani mengikat satu perhubungan...
Semoga hubungan kite berkekalan sehingga hujung nyawa...Dah macam ayat drama lak...haha

Image result for quotes

Tamat sudah zaman couple2 nie...Lebih kurang sebulan jer lagi kami dah nak bertunang...Love u like a love song...Persiapan tinggal lagi sikit jer lagi...Hantaran tinggal nak gubah jer...Rasa berdebar lak...huhu
Image result for quotes
Berjalan dan terus berjalan...waktu yang berlalu banyak mendewasakan kita...Siapa sangka satu hari nanti kite akan mula belajar utk hidup berdikari..Bekerja sendiri....Drive sendiri....Tup tup tunggu masa jer dah nak kawen..haha Tapi aq tunang dulu lah...Bina masa hadapan yg lebih cerah...

Image result for quotes

Aq percaya jika hari ini kita jatuh, mungkin akan ada hikmah di sebalik setiap yang terjadi...Bangun dan bangkit untuk terus berjuang...Takdir hidup adalah takdir yang terindah..

Image result for quotes


Friday, 24 January 2014

Pati Ibu Putih Mask


Pati Ibu Putih Mask - Lyanaz Beauty Care


Nie produk terbaru daripada Lyanaz Beauty Care... memang terbaik...ada 3 pilihan yang korang boleh dapat iaitu pink, diamond dan gold.

bahan utama bagi setiap produk nie adalah
1- ekstrak diamond
2- ekstrak buah beri
3- susu madu
4- bengkuang
5- pati ibu putih



jom kita tengok kelebihan yang ada pada setiap 3 produk nie...

kelebihan ibu pati pinky limited edition

1- memberi efek blusher pada kulit
2- mencerahkan kulit muka dan menegangkan
3- membuang segala kotoran dan habuk di muka
4- membantutkan pertumbuhan jerawat
memudarkan jeragat dan parut
5- melembabkan kulit
6- membuang segala flek2 dan sel kulit mati
7- membantu membuang whitehead/blackhead pada kawasan hidung
8- sesuai untuk kulit kusam,kering dan tidak bermaya

kelebihan ibu pati diamond/gold

1- mencerah dan memutihkan kulit
2- menghaluskan kulit
3- fokus mengurangkan kesan minyak pada wajah
4- mengecilkan pori muka
5- memudarkan jeragat dan parut
6- membuang sel kulit mati
7- membantu membuang whitehead/blackhead pada kawasan hidung
8- sesuai untuk kulit normal berminyak dan jerawat mahu pun kusam.

p/s: diamond untuk yang berumur bawah 30 tahun
gold untuk yang berumur atas 30 tahun
pink sesuai untuk semua remaja



cara menggunakan produk pati ibu putih mask adalah :-

pastikan muka anda bersih tanpa sebarang make up..sapu pati ibu putih mask ke wajah secara rata..biarkan kering selama 20 minit dan kemudian tarik secara perlahan lahan..

*boleh apply dekat wajah seminggu 2 kali 
*boleh tahan lebih 2 bulan bergantung berapa kerap anda memakai
sangat jimat ^_^

berat setiap produk adalah 50 gram
berminat boleh pm jia ok dkt 013-6337238




















Sunday, 14 April 2013

end of your journey with something make your always smile


credit to akon -------------------------->lonely, i'm still lonely
                                                               i have nobody
                                                               for my owwnnn
                                                               lonely, i'm still lonely
                                                               i have nobody
                                                               for my ownwnn
                                                               i'm so lonely


siapa cakap bila aku sorang2 and tiada siapa dekat sisi aku, hidup aku akan down... come on, life must go on.. i know i can do it... buktinya aku dah berjaya tempuh sem last nie walau aku bersendrian tanpa kawan2... believe in yourself.. everything can successfully... fighting and chayok2... kawan memang senang nak carik tapi sahabat 1 dalam sejuta pun susah nak jumpa... kawan yang ada disekeliling kita boleh berubah dalam sekelip mata.. sometime uh tak semua yang kita harapkan akan jadi seperti yang kita impikan... tapi kita kena percaya pada diri sendiri yang kita mampu untuk lakukan ia... insyaAllah selagi kita percaya yang Allah sentiasa bersama hamba yang mengingatinya..

Masa hadapan kita masih jauh lagi dan tiada manusia pun yang akan tahu apa kesudahan perjalanan hidup kita nie...takdir hidup boleh diubah dengan usaha, tawakal dan doa..kejayaan milik kita jika itu memang dah rezeki kita...insyaAllah.. cuma percaya pada janji Allah... janji Allah itu pasti... hidup nie macam sebuah journal, macam sebuah kisah yang tiada noktahnya... ianya akan berakhir bila dimana kita berhenti bernafas dimuka bumi ini lagi iaitu bile kematian memisahkan kita terus dari dunia pinjaman nie.... hidup kita macam lukisan... kita la yang mencorakkan nya dan menentukan lukisan itu harus cantik atau sebaliknya..semua terletak ditangan kita cuma Allah yang menentukan ia jika ia memang untuk kita.. takdir Allah takdir yang terindah... sebaik-baik perancangan adalah perancangan dari Allah...


chayok and fighting 4 your life
end of your journey with something make your always smile